Perkara* : Program Seminar Pemantapan Organisasi BKE 2010 Tema : "Membentuk Pewaris Intelektual Berakhlak" Tarikh* : 9 Januari 2010 Hari* : Sabtu Masa* : 9 pagi - 11 pagi Tempat* : Dewan Aktiviti, KKTDI Penyertaan : Semua AJK dan Penasihat BKE Sahaja (wajib hadir)
Tentatif Program* :
8.30 : Solat Isyak dan Solat Hajat diimamkan oleh Ketua BKE. 9.00 : Berkumpul di Dewan Aktiviti, KKTDI. 9.05 : Kata-kata Aluan Ketua BKE. : Doa oleh Timbalan Setiausaha BKE. : Majlis Taaruf dan Silaturrahim BKE. : Aktiviti Khas bersama Ketua BKE. : Penerangan Kepimpinan dan Perjuangan oleh Saudara Syafik : Penerangan Keluarga dan Persaudaraan oleh Saudara Asyraf : Penerangan Pengurusan dan Strategik oleh Saudara Faizal : Penyerahan Surat Perlantikan AJK BKE : Sesi Perkongsian dan Sesi Soal Jawab. : Sesi Penggambaran AJK dan Penasihat BKE (kerjasama xphotographer) : Majlis makan malam Santai BKE(kerjasama Seri Manggis) 11.00 : Bersurai
Kelengkapan yang perlu dibawa : 1. Pendrive 2. Kertas dan pen
3. Cadangan satu nama baru untuk Surau/BKE ( cth : slamra, akademi etc.)
4. Cadangan satu aktiviti baru untuk Surau/BKE ( cth : BBQ, rehlah, xpdc ect.)
Perhatian : *nama program, tarikh, hari, masa dan tempat adalah masih tertakluk kepada perubahan sila rujuk kepada ketua BKE.
**AJK dan Penasihat yang tidak hadir diwajibkan memaklumkan ketidakhadiran kepada Ketua BKE selewat-lewatnya empat hari sebelum majlis berlangsung. Ketidakhadiran tanpa alasan yang munasabah memungkinkan digugurkan sebagai AJK.
***Mesyuarat Majlis Penasihat melalui Saudara Mohd Asyraf Mustafa telah mencalonkan Saudara Landari b. Labobo sebagai Timbalan Bendahari BKE manakala Saudara Mohamed Faizal Zainol telah mencalonkan Saudara Sahrul Khair Osman sebagai Timbalan Setiausaha BKE.Usul ini akan diketengahkan dalam Mesyuarat Khas BKE yang diketuai oleh ketua BKE, sama ada meluluskan atau tidak pencalonan ini. Pencalonan ini bertujuan untuk mengemas dan memantapkan lagi organisasi BKE bagi sesi 2010. Sebarang cadangan dan bantahan boleh dikemukakan terus kepada Ketua BKE, Saudara Muhammad Zulhisham Firdaus b. Ahmad (013-3615447)
Aduan berkenaan laman web lucah telah dilakukan oleh Pengurusan Surau Perdana KKTDI. Tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas dan respon yang telah diberikan oleh Pihak Pusat Teknologi Maklumat UTHM. Mohon agar seluruh mahasiswa-mahasiswi UTHM dapat bersama-sama kami dalam menjayakan misi menangani permasalahan laman web lucah dengan terus menghubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat UTHM sekiranya mengetahui alamat-alamat web lucah untuk terus disekat. Berikut adalah respon email yang telah diterima :
Pengurusan Surau Perdana KKTDI
Terima kasih kerana membuat aduan laman web
Pihak PTM tidak dapat memantau sepenuhnya jika pihak tuan tahu mana-mana website lagi sila emailkan terus kepada saya dan akan saya tutup dengan segera.
Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya.
Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.
Cerita perempuan tua itu: “Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.
“Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi.
“Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.
Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.
Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja. Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.
Rasulullah menjawab: “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi.”
Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat.
Moral dari cerita ini: Kalaulah akhlak kita umat Islam hari ini macam akhlak Rasulullah, sudah tentu orang kafir tidak akan tergamak hendak lukiskan karikatur Nabi Muhammad sebagai pengganas.
|sila klik pada gambar utk paparan yg lebih jelas|
Untuk menyertai KEM ini sila smskan nama, kat matrik dan alamat kolej kediaman kepada Ketua biro kerohanian dan etika sesi 2009/10. Zulhisham Firdaus - 0133615447. (Kem ini merupakan kesinambungan bagi Youth Camp 07 (Pulau Sibu, Johor) dan Youth Camp 08(Pantai Mersing, Johor). Kem ini terbuka hanya untuk warga Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir.
Alhamdulillah, majlis telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Bermula dengan solat maghrib kemudian bacaan yasin, solat hajat dan ucapan alu-aluan Pengetua KKTDI dan diakhiri dengan Solat Isyak. Tetamu yang hadir kira-kira dianggarkan 100 orang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini. Insya Allah, majlis ini akan diteruskan dari masa ke semasa sepertimana yang dicadangkan oleh Pengetua KKTDI.
Dua kain rentang yang diletakkan di Kafeteria KKTDI. Bagi meneruskan lagi usaha menarik seberapa ramai warga KKTDI menyertai Program Akademi Surau Perdana KKTDI. Walaupun usaha ini masih belum lagi mencapai target yang diharapkan tetapi Pengurusan Surau Perdana tetap akan terus berusaha bagi menyempurnakan ikhtiar dalam menjayakan misi dan visi program ini. Semoga Allah memberi kekuatan, semangat dan pertolongan kepada kami untuk tabah, kuat dan cekal dalam meneruskan perjuangan ini disamping memelihara niat, memperdalamkan keikhlasan, memperkemaskan strategi dan memperkasakan nilai ukhwah.
Sehari sebelum ramadhan tahun ini, saya dan firdaus telah ditugaskan untuk menguruskan urusan teknikal SP, ini berikutan surau perlu dipindahkan ke Dewan Aktiviti bagi menampung jemaah yang ramai dalam bulan ramadhan. Projek ini kami namakan Kembara Microphone, ini berikutan misi kami untuk mendapatkan sebuah microphone untuk Dewan Aktiviti khas untuk penggunaan imam dan yang mampu disesuaikan dengan sistem PA di dewan tersebut.
Projek ini bermula jam 5 petang selepas solat asar. Sebagai permulaan kami menjelajah pelbagai kedai elektrik di Parit Raja. Setelah hampir setengah jam melilau mencari. Akhirnya kami temui dua kedai yang menjual microphone. Kedai pertama menjual dengan harga kira2 RM70 termasuk pengubahsuaian. Manakala kedai kedua menjual kira2 RM40 tidak termasuk pengubahsuaian. Setelah berdiskusi berdua, saya dan firdaus membuat keputusan untuk membeli di kedai kedua iaitu kedai Amatuer Electronic dengan harga diskaun seperti di atas.
Setelah membeli microphone yang kami inginkan, kami pun mulakan fasa kedua, iaitu mendapatkan maklumat untuk proses pengubahsuaian microphone supaya ia boleh dimasukkan ke sistem PA di dewan aktiviti. .
Setelah mendapat pandangan daripada Uncle Chong daripada kedai Amatuer Electric yang mencadangkan kedai yang sesuai untuk pengubahsuaian. Projek seterusnya ialah terus berkunjung ke Kedai Yong Kiet Siang bagi merealisasikan proses pengubahsuaian microphone. Kedai tersebut memang agak kurang popular di Parit Raja berikutan namanya yang tidak menggambarkan fungsi dan prospek syarikat.
Sebaik sahaja kami masuk, kami disambut dengan penuh ceria oleh Uncle Yong dan isterinya Auntie Yong, mereka sebenarnya mahu menutup kedai. Tetapi setelah melihat kami berdua, mereka terus menangguhkan hajat mereka. Lalu melayani permintaan kami yang tidak seberapa ini. Kami serahkan kepada Uncle Yong, microphone, cable dan beberapa alatan sambungan. Uncle Yong dengan penuh teliti lantas dan pantas membuat kerjanya tanpa rasa ragu dan tanpa rasa gundah.
Setelah lama melalui proses penyambungan tersebut. Uncle pun dengan rasa senang menyerahkan kepada kami microphone yang telah siap. Firdaus pun bertanya "Berapa harga Uncle?", Uncle membalas, "RM2", Firdaus pun menoleh pada saya lalu berkata, "murah sangat ini, so nak bayar berape?". Saya memintas, "Firdaus, bagi je la berape2 pun, lebih pun xpe". Firdaus pun menghulurkan RM5 dan berkata, "...baki uncle simpan ye..". Mungkin dalam hati uncle menyebut, alhamdulillah jazakallah...
Inilah microphone yang telah siap diubahsuai dan telah berjasa selama sebulan dalam melayari Ramadhan bertempat di Dewan Aktiviti. Semoga ia akan terus diizinkan Allah untuk berfungsi dan menyambungkan baktinya pada Ramadhan akan datang dan yang seterusnya.
Terima kasih kepada saudara Firdaus kerana sudi mendermakan wang untuk surau bagi membeli microphone tersebut. Derma tersebut amatlah bermakna bagi SP. Semoga Allah akan membalasnya. Semoga budaya sedekah-mensedekahi ini terus menjadi amalan sesama kita demi mendapat keredhaan Allah. Teringat saya pada satu ayat yang berkaitan sedekah yang sangat menyentuh hati.
Sedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Firman Allah yang maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungghnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92)
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92)
Petunjuk Rasulullah s.a.w dalam adab ketika berkunjung ziarah.
Saling mengunjungi (berziarah) sesama kaum muslimin memiliki pengaruh yang sangat besar untuk menguatkan hubungan, menambah rasa cinta, serta mempererat persatuan dan keterkaitan di antara mereka. Berziarah juga memiliki keutamaan yang besar apabila dilakukan dengan ikhlas karena Allah Ta’ala atau untuk menyambung tali silaturrahim. Oleh karena itu, sudah seharusnya seorang muslim mengetahui petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam berkunjung agar ia tidak terjatuh dalam kekeliruan dan kesalahan. Adapun di antara petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berkunjung tersebut sebagai berikut:
1. Berniat yang Baik
Apabila seseorang hendak mengunjungi saudaranya, maka yang wajib dilakukan pertama kali adalah mengikhlaskan niat semata-mata hanya karena Allah Ta’ala. Jangan sekali-kali ia meniatkan hanya karena ada tendensi duniawi semata, karena temannya tersebut memiliki harta, jabatan, kedudukan di masyarakat misalnya atau hal-hal lain, sehingga tujuan berkunjungnya ke tempat orang tadi untuk mendapatkan sedikit cipratan dari apa yang diinginkan hawa nafsunya. Maka niatkan ikhlas karena Allah Ta’ala, dasarilah kecintaan kita kepadanya karena Allah Ta’ala dan karena ketaatannya kepadaNya, bukan karena harta, jabatan, kedudukan yang dimilikinya. Demikianlah yang diperintahkan oleh Allah Ta’ala. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Bahwasanya seorang laki-laki mengunjungi saudaranya di kampung lain, maka Allah mengutus seorang Malaikat kepadanya dalam perjalanannya. Ketika telah bertemu, Malaikat itu berkata kepadanya “Kemana engkau hendak pergi?” Ia menjawab, “ Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini” Malaikat itu berkata lagi, “ Adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau kejar?” Ia menjawab,“ Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah” Malaikat itu pun berkata lagi,“Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, bahwasanya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya karena Allah.” (HR.Muslim)
2. Tidak Terlalu Sering Berkunjung (ziarah) Hingga Berlebihan
Janganlah terlalu sering berkunjung (berziarah) agar orang yang dikunjungi tidak menjadi bosan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Berkunjunglah sesekali atau sekali waktu niscaya kalian akan saling mencintai” (HR. al-Baihaqi, al-Bazzar, dan ath-Thabrani)
3. Memilih Waktu yang Tepat untuk Berkunjung.
Hendaknya seorang pengunjung memilih waktu yang tepat ketika berkunjung. Tentu tidak layak seseorang mengunjungi orang lain pada pagi buta, tengah hari ataupun larut malam. Karena, waktu-waktu itu adalah waktu untuk tidur dan beristirahat, bukan waktu yang tepat untuk berkunjung. Atau waktu-waktu orang yang akan dikunjungi pada saat itu sedang sibuk atau tidak berkenan untuk diganggu. Terkecuali ada kepentingan yang mendesak atau seseorang telah meminta izin atau mengadakan perjanjian sebelumnya untuk berkunjung pada waktu tersebut.
4. Menjaga Adab-Adab Isti’dzan (Meminta Izin)
Hendaknya orang yang berziarah menjaga adab-adab beristi’dzan (meminta izin). Hal tersebut sangat penting untuk diperhatikan agar tidak melakukan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak Islami. Di antara adab-adabnya adalah seperti: Mengetuk pintu tiga kali, jika tidak ada jawaban maka hendaknya ia pergi. Ketukan pun tidak terlalu keras dan memperhatikan jarak ketukan agar tidak mengagetkan, memperkenalkan diri, tidak menghadap ke arah pintu, mengucapkan salam sebelum masuk, menundukkan pandangan, menerima alasan tuan rumah dan tidak berburuk sangka, meminta izin sebelum masuk menemui mahram atau kerabatnya, dan lain sebagainya dari adab-adab meminta izin.
5. Menundukkan Pandangan terhadap Privasi Rumah (Anggota Keluarga).
Apabila seseorang mengunjungi sebuah keluarga di rumah mereka, maka wajib baginya untuk ghadhdhul bashar (menundukkan pandangan) terhadap privasi (hal-hal yang bersifat pribadi) anggota keluarga mereka. Janganlah ia mengumbar pandangannya agar terhindar dari melihat privasi mereka dan janganlah ia mempunyai keinginan untuk melakukan hal tercela tersebut di dalam hatinya. Allah Ta’ala berfirman artinya, “Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (QS. Mu’min: 19)
Berkaitan dengan tafsir ayat ini, Ibnu ‘Abbas berkata, “Bahwasanya seorang laki-laki masuk kepada ahli bait (tuan rumah), sementara di antara mereka ada seorang wanita yang cantik atau lewat di depannya. Apabila mereka lengah, laki-laki itu pun melihat kepadanya. Jika mereka memperhatikan, maka ia pun menundukkan pandangannya. Jika mereka kembali lengah, laki-laki itu kembali melihatnya dan jika mereka memperhatikan, ia pun kembali menundukkan pandangan. Allah mengetahui isi hatinya bahwa laki-laki tersebut suka seandainya bisa melihat kemaluannya”. (Tafsir Ibnu Katsiir, IV/79-80)
Maka dari itulah, wajib bagi seorang hamba menghiasi dirinya dengan ketakwaan dan muraqabah (merasa diawasi oleh Allah Ta’ala).
6. Hendaknya Seorang Pengunjung Duduk di Tempat yang Telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
Apabila tuan rumah menempatkannya di sebuah kamar atau di tempat duduk tertentu, maka janganlah ia berpindah tempat tanpa seizinnya. Sebab boleh jadi tuan rumah menempatkannya di tempat tertentu tersebut dengan tujuan agar privasi atau aurat mereka tidak tersingkap.
7. Janganlah Mengumbar Pandangan untuk Melihat-lihat Perabot dan Barang-Barang Lain di sekitarnya.
Banyak orang yang merasa risih apabila orang yang mengunjungi melihat-lihat perabot dan barang-barang lain yang ada di sekitarnya. Terlebih lagi jika ditanyakan kepadanya, “Ini berapa harganya?” atau “Dari mana anda mendapatkannya?”, dan pertanyaan-pertanyaan lain yang tidak layak untuk di pertanyakan.
8. Jangan Mengangkat Suara di dalam Rumah.
Hendaknya seorang pengunjung tidak mengangkat suara karena dapat mengganggu orang-orang yang dikunjungi. Dan janganlah mengangkat suara tinggi-tinggi ketika berbicara, berdebat dan lain sebagainya, sehingga orang lain tidak terganggu olehnya. Allah Ta’ala berfirman: “…Dan lunakkanlah suaramu…”(QS. Luqman: 19)
9. Jangan Mencuri Dengar atau Mengintai Tuan Rumah.
Sebagian orang memasang kedua telinganya untuk mendengarkan pembicaraan tuan rumah di kamar sebelah atau pembicaraan mereka dengan keluarganya atau pembicaraan kaum hawa dari penghuni rumah tersebut, dan hal-hal lain yang bersifat rahasia. Perbuatan-perbuatan seperti ini tidaklah sepantasnya dilakukan seorang muslim yang berakhlak mulia. Lebih-lebih jika ia berniat buruk atas perbuatanya tersebut, maka hal itu diharamkan.
10. Tidak Membiarkan Anak-Anaknya Merosakkan Harta di Rumah Orang.
Hendaknya seorang pengunjung tidak membiarkan anak-anaknya bermain-main, merusak dan memecahkan perabotan, menghancurkan barang-barang, memukul anak tuan rumah, serta teriak-teriak atau menjerit. Karena semua itu dapat mengganggu dan membuat mereka keberatan dikunjungi. Bagaimanapun juga bahwa menggangu seorang muslim adalah perkara yang dilarang dalam agama.
11. Tidak Mengimami Tuan Rumah di Rumah Mereka.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Barangsiapa mengunjungi suatu kaum di rumah mereka, maka janganlah ia mengimami mereka, namun hendaknya salah seorang dari mereka (tuan rumah) bertindak sebagai imam”. (HR. Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi dan beliau menshahihkannya). Akan tetapi, apabila mereka mempersilahkan dan mengizinkannya disebabkan ilmu, keutamaan atau umurnya, maka ia boleh menjadi imam, menurut sebagian ahli ilmu.
12. Tidak Berlama-lama Ketika Berkunjung.
Apabila seseorang terbiasa berlama-lama ketika mengunjungi orang lain, maka akan membuat orang yang dikunjungi menjadi bosan, merasa berat, tidak menyukai kunjungannya atau enggan menerima kedatangannya lagi, bahkan bisa jadi dia akan membicarakan tentang keburukan dirinya.
13. Menyuruh kepada yang Ma’ruf dan Mencegah dari yang Mungkar.
Apabila seseorang berkunjung, kemudian melihat kemungkaran di rumah yang ia kunjungi seperti foto-foto atau gambar yang terpajang, patung, atau melihat mereka meninggalkan shalat, mendengarkan lagu-lagu, tidak menutup aurat, atau melakukan hal-hal yang melanggar aturan agama lainya, maka wajib atasnya menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar sesuai dengan kemampuannya. Janganlah ia merasa malu atau takut untuk melakukannya. Akan tetapi tentunya harus tetap menjaga adab yang baik dengan cara yang penuh hikmah dan mau’izhatil hasanah agar bisa diterima oleh tuan rumah.
14. Tidak Beranjak Pulang kecuali jika telah Diizinkan oleh Tuan Rumah.
Seseorang tidak diperbolehkan beranjak pulang tanpa meminta izin kepada tuan rumah. Atau keluar dari majelis untuk pulang tanpa izin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian mengunjungi saudaranya lalu ia duduk bersamanya, maka janganlah ia bangkit hingga saudaranya tersebut mengizinkannya”. (HR. ad-Dailami). Sebab jika ia bangkit dari majelis tanpa izin, bisa jadi akan tersingkap baginya aurat tuan rumah, dan tentunya hal ini tidak diperbolehkan.
15. Mensyukuri (berterima kasih) kepada Tuan Rumah atas Jamuan Mereka.
Hendaknya seseorang bersyukur atau berterima kasih atas jamuan yang disuguhkan Tuan rumah, khususnya apabila mereka telah menerimanya dengan baik. Sebab barangsiapa tidak mensyukuri manusia, berarti ia tidak bersyukur kepada Allah Ta’ala. Seseorang harus membalas kebaikan orang lain kepada dirinya atau paling tidak ia mendo’akannya dengan berkata, “Jazaakumullahu Khaira…” (semoga Allah Ta’ala membalasmu dengan kebaikan atas penyambutanmu…) dan lain sebagainya dari ucapan-ucapan yang baik. Wallahu A’lam
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Semoga Allah mengurniakan kita ketenangan dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup yang silih berganti, detik demi detik dalam mencari keredhaanNya. Semoga Allah mengekalkan iman yang kita miliki dan meningkatkannya hari demi hari. Semoga Allah menyempurnakan akhlak kita dan memperelokkan rupa paras kita dan menjadikan kita sesedap mata memandang bagi seluruh makhluk ciptaanNya.
Syawal berkunjung tiba, seperti biasa syawal akan dipenuhi dengan budaya ziarah-menziarahi dan sedekah-mensedekahi, cuma dikesempatan yang ada, inginku berpesan pada diri dan teman-teman supaya menjaga adab-adab ziarah, ambillah masa seketika, belajar sejenak tentang adab-adab ziarah. Supaya ziarah yang kita lakukan mendatangkan pahala kepada kita dan kepada orang yang menerima penziarahan kita.
Pelihara mata ketika ziarah usah melilau mata memandang harta benda tuan rumah kecuali dengan keizinan dan redha tuan rumah, pelihara suara ketika berbicara ketika menziarah, pilih masa yang paling sesuai ketika ziarah, dan pastikan tempoh ziarah tidak terlalu lama supaya tuan rumah memiliki masa untuk berehat ataupun memiliki peluang turut sama meraikan aidilfitri dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangnya bersama keluarga ataupun kawan-kawan mereka.
Jika mampu, bersedekahlah kepada mereka yang lebih afdhal, usah bersedekah kerana memilih bulu, atau keturunan, atau latarbelakang semata-mata kerana ingin menjaga standard atau menjaga nama. Seafdhal-afdhalnya sedekahlah kepada orang miskin yang benar-benar memerlukan pensedekahan. Berkongsilah sinar aidilfitri dengan mereka yang benar-benar memerlukan terutamanya anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang-orang kurang upaya dan tidak lupa terhadap warga tua.
Allah SWT bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, “Tahukah kamu mengapa Aku memberi gelar kepadamu Khalilullah, kekasih Allah? Nabi Ibrahim menjawab; Tidak tahu ya Rabb! Lalu Allah menegaskan, Lantaran kamu suka memberi makan orang-orang miskin dan solat dikala orang lain sedang tertidur lelap".
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada isterinya, "Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan akrablah dengan mereka, supaya Allah akrab juga dengan engkau pada hari kiamat" (HR Al Hakim). "Allah semakin memperbanyakkan kenikmatanNya kepada seseorang kerana ia banyak diperlukan oleh orang lain. Barangsiapa enggan memenuhi keperluan-keperluan orang lain bererti ia telah merelakan lenyapnya kenikmatan bagi dirinya" (HR Baihaqi).
Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Orang yang bekerja keras untuk membantu janda dan orang miskin adalah seperti pejuang di jalan Allah atau seperti orang yang terus menerus solat malam atau terus berpuasa" (HR Muslim). "Segala sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin" (HR Ad Daruqutni dan Ibnu Hiban).
Semoga ramadhan yang telah dipenghujung, semoga syawal yang bakal menjelma, memberi pengertian yang bermakna dalam kehidupan kita. Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran kata, keterlampauan tindakan, ketersinggungan rasa sepanjang perhubungan bersama.Semoga Allah memberi kekuatan dan menggerakkan hati, akal dan tubuh kepada diri saya untuk memperbaiki segala kekhilafan yang telah dilakukan selama ini.
Gotong royong meletakkan kain rentang sempena Program Promosi Akademi Surau Perdana UTHM. Beberapa sukarelawan bersama wakil pengurusan Surau Perdana turun padang bersama-sama menjayakan pemasangan kain rentang ini disamping turut mempromosikan aktiviti-aktiviti dalam Program Akademi Surau Perdana. Konsep ini merupakan kain rentang kedua terbitan Unit Penerbitan Surau Perdana, selepas Kain Rentang Promis'08 (Program Akademi Surau 08). Kain rentang ketiga terbitan Surau Perdana ialah Kempen Jom Ke Surau!
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya " Apabila datang bulan Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka,dirantai segala syaitan,dan menyerulah seorang penyeru hai orang yg ingin membuat kebajikan marilah kamu,hai orang yang ingin berbuat kejahatan berhentilah kamu."
Mari kita rebut TuJuH PeRkaRa SuNat DalaM BerpUasA...
1.Makan Sahur
2.Melewatkan Sahur
3.Segera Berbuka Apabila Masuk Waktunya Dengan Buah Tamar,atau Air dengan membaca doa;
"Ya Allah ,Ya Tuhanku,kepadaMu aku berpuasa,dan dengan rezekiMu aku berbuka ,maka terimalah amalan ini dariku Ya Allah."
4.Meninggalkan Bersugi Selepas Gelincir Matahari.
5.Membanyakkan Sedekah.
6. Membanyakkan Tadarus Al-Quran.
7.Membanyakkan I'tikaf Terutamanya Pada Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan.
Sabda Rasulullah s.a.w ,maksudnya; "Sesiapa yg mendirikan puasa Ramadhan kerana keimanan dan menuntut pahalanya maka diampuni dosanya yang terdahulu,"
Masa untuk berubah
-
Tahun 2009 menghampiri ke penghujungnya. Sedar atau tidak, mahu atau tidak
mahu, tahun baru 2010 tetap akan hadir. Aku percaya antara topik yang
mendapat p...
Perpaduan Ummah
-
Mustahil setiap insan menginginkan permusuhan
Sedangkan kita tidak pernah satu berpadu
Bina kegemilangan
Pernahkah kita lupa Islam pernah gemilang
Dengan a...
Kelahiran Cahaya Mataku (^^P)
-
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca.. kali ni
dengan gembiranya aku ingin mendedahkan satu berita yang mana aku telah
telah mend...
TAKZIAH UNTUK KELUARGA AT-TAQWA
-
Ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran untuk mengadapi peperiksaan akhir
semester bagi subjek Industrial Engineering, 18 November 2009 dan Vibration
an...
Sakitnya Mati
-
Sakitnya Mati
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam...
-SALAM AIDILFITIRI
-
Alhamdulillah, Ramadhan Hampir meninggalkan kita semua..bulan yang penuh
keberkatan bakal pergi..apa yang diharapkan kita mendapat intipari yang
terkandu...